Thursday, September 11, 2014


Kubur arwah Fadlan di Syria






Artikel dalam surat khabar 11 Sept 2014

Wednesday, September 10, 2014

Gugurnya seorg syahid di Syria.

9/9/2014-Gugurnya seorg syahid di Syria.
Org kampung ku.Aku mengenalinya sebagai seorang budak yg baik.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 Ini salah satu post dari rakan pejuang beliau di Syria iaitu  Ahmad Salman Abdul Rahim -Detik detik terakhir sebelum syahid

 pilu aku dalam keredhaan... terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat yang tidak henti berdoa... suka aku kongsikan disini atas permintaan terlalu ramai sahabat yang ingin tahu kronologi perginya syuhada aba muhajir... tak mampu aku menjawab ribuan inbox p.m aku.... ayrza,khattab sememangnya sedang dilanda serangan yang berisiko tinggi... puluhan baramil dan missle ditaburkan disekitar kubu pertahanan kami... kumpulan dari markas aba muhajir... ust mat mengambil alih tugas kumpulan aku sekitar jam 8.00 pagi... dalam perjalanan pulang dari radio 'walkie talkie' yang kami terima... kubu kami diserang... ketika itu amir aku tidak mengambil keputusan utk kami berpatah balik... mungkin sedar akan kami terlalu kepenatan dengan tugasan 2 hari berturut dimedan... kami tidak sempat tidur mahupun rehat dengan baik semasa disana... dalam serangan aku difahamkan... arahan untuk berundur dan langkah menyelamatkan diri diambil... ketika ini aba afghan cedera parah dikaki... mereka bergerak dalam 2 biji kereta... terdapat 4 orang malaysia kesemuanya termasuk Omar seorang lagi rakan dari malaysia...aba muhajir ditugaskan utk menjaga ust mat yang sudah kepeningan akibat hentakan gegaran bomb berada di kereta hadapan... mereka bergerak 2-3 minit lebih awal... tiba diseparuh jalan... peluru kereta kebal trlah menyinggah disebelah belakang pick up 4x4 yang mereka naiki... aba muhajir bersama ust mat dan yg lain duduk dibelakang carrier... abu muhajir tercampak jatuh diatas jalan sedang ust mat cedera dimuka kaki dan tangan... dikatakan mereka tidak mampu berhenti utk menyelamatkan aba muhajir kerana dihujani dengan serangan yang amat dasyat... tiba kereta kedua yg dinaiki oleh aba afghan dan omar... mereka ternampak tubuh terbaring... mereka berhenti dan sempat menyelamatkan arwah dan cuba sedaya bergegas ke hospital... hampir 15 minit arwah berperang dengan nazak dan tidak henti2 kedengaran suaranya sedang beristighfar dan mengucap... namun Allah SWT lebih menyanginya... Aba Muhajir pergi meninggalkan kita dalam perjalanan diatas pangkuan Omar...


Koleksi video beliau















Friday, July 29, 2011

cara melajukan internet

Cara melajukan capaian internet anda..

1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutaman ya yangberwarna- warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/ Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/ videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/ Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No...Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc

Monday, March 21, 2011

temuduga tertutup

Temuduga Sbg “Calon Jenazah”
Semua Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian
Kekosongan Jawatan:
1. Ahli Syurga Dari Awal.
2. Ahli Neraka Dari Awal.
3. Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
Empat Ganjaran Lumayan (Khas Untuk Jawatan 1)
1. Nikmat Kubur.
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga Yang Kekal Abadi.
Tarikh Temuduga:
Bila-Bila Masa Secara Adhoc Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.
Lokasi Temuduga:
Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).
Kelayakan:
Anda Tidak Perlu Bawa Siji-Sijil,Termasuk Sijil Saham Termasuk Saham Internet.
Anda Tidak Perlu Bawa Pingat , Mercedes Mata Belalang Atau Kad Kredit.
Anda Tidak Perlu Bawa Wang Atau Harta Serta Emas Yang Anda Kumpul.
Anda Tidak Perlu Berparas Rupa Yg Cantik, Hensem Atau Berbadan Tegap Atau Seksi.
Sila Bawa Dokumen Asal Iaitu : Iman Dan Amal Serta Sedekah Jariah Sebagai Sokongan.
Panel/Penemuduga:
Mungkar Dan Nakir.
Enam Soalan Bocor:
1. Siapa Tuhan Anda?
2. Apa Agama Anda?
3. Siapa Nabi Anda?
4. Apa Kitab Anda?
5. Di Mana Kiblat Anda?
6. Siapa Saudara Anda?
Cara Memohon:
Anda Cuma Perlu Menunggu Penjemput Yang Berkaliber Untuk Menjemput Anda. Ia Akan Menjemput Anda Pada Bila-Bila Masa Saja (Mungkin Sekejap Lagi). Ia Akan Berlembut Kepada Orang-Orang Tertentu Dan Akan Bengis Kepada Orang-Orang Tertentu. Ia Diberi Nama Izrail.

Friday, March 11, 2011

info berkaitan stress

STRESS atau tekanan ialah apabila 5 faktor penting untuk otak dan sistem saraf berfungsi dengan baik tidak wujud secara seimbang. Antara sebab yang terpenting sekali ialah tekanan emosi dari makanan serta minuman dan persekitaran.

Apabila kita menghadapi sesuatu masalah, otak kita respon secara otomatik dengan mengeluarkan sejenis kimia yang bernama adrenaline dalam kadar yang berlebihan dari yang kita perlukan. Biasanya jika keadaan seimbang apabila jumlah adrenaline yang berlebihan ini akan di turunkan balik oleh satu hormon yang di keluarkan oleh glan ADRENAL yang terletak di atas dan belakang buah pinggang kita. Jika keadaan ini tidak wujud atau terlalu banyak adrenaline di keluarkan, kita akan terus merasa kesannya seperti jantung berdebar, pernafasan cepat dan cetek, rasa seram sejuk, hingga ada yang menangis, menjerit atau meraung, rasa nak buang air besar, terkencing dalam seluar. Ini ialah tanda-tanda untuk tubuh kita cuba melawan paras adrenaline yang tinggi itu. Untuk tujuan ini kita memerlukan tenaga.
Jantung yang cepat membolehkan lebih banyak darah mengalir untuk membawa oksigen ke otot dan otak untuk membolehkan kita menhasilkan tenaga itu. Responnya biasanya ialah dengan cara melawan seperti menjerit, memukul, merosakkan barang-barang atau lain – iaitu menangis, termenung atau masuk ke alam sendiri (merajuk). Kita namakan ini respon “survival”, iaitu melawan atau lari dan kita namakan respon binatang mammalia atau reptilia.
Sekiranya kita beriman dan berakal kita akan menghadapi masalah itu dengan cara positif:
-          Menarik nafas panjang
-          Mengucap
-          Menyempurnakan solat dan cepat bertenang
-          Menyempurnakan exercise “relaxation dan visualisation” .

TANDA – TANDA STRESS:
Orang yang menerima amarah ini juga akan dengan itu respon dengan cara yang sama iaitu lawan, lari atau merajuk di sebabkan juga oleh adrenaline yang berlebihan. Jika orang itu berakal, dia akan respon dengan cara positif dan dengan itu tidak mengalami stress. Bagi anak kecil mereka belum lagi berakal. Sekiranya anak itu sering mengalami keadaan seperti ini ia akan menyebabkan anak itu tidak rapat dengan ibu bapanya atau penjaganya dan sekiranya berlarutan anak itu akan menyisihkan diri dan masuk ke alamnya sendiri. Jika tanda-tanda itu wujud sebelum3 tahun ini bermakna anak itu telah mengalami stress dari dalam rahim ibu lagi dan keadaan itu di beri nama Autisma. Jika tanda itu wujud selepas 3 tahun kita biasa kenali orang itu sebagai orang gila atau “Schizophrenia” .
Anak juga belajar cara mengatasi stress dan akan memprogramkan perangai marah atau merajuk dalam otaknya, dan akan dengan itu membentuk perangainya, keperibadiannya dan perwatakannya kelak waktu dewasa. Ibu yang sentiasa dalam keadaan stress waktu mengandung akan menyebabkan anak dalam kandungan juga stress, dan boleh menyebabkan keguguran, lahir belum cukup bulan, atau anak menghidap sawan tarik atau di lahirkan anak kurang upaya.
Bukan sahaja orang yang menerima akan mengalami stress, orang yang amarah itu juga akan mengalami stress.
Di ANTARA TANDA-TANDA STRESS IALAH :
Ø  Otot-otot muka bergerak
Ø  Cakap gagap atau tidak terus (stuttering) atau gagap
Ø  Menggigit kuku atau bibir
Ø  Mengetuk lantai atau meja dengan tangan atau kaki cara berterusan
Ø  Menggoyangkan kaki
Ø  Jantung berdebar
Ø  Pernafasan cepat
Ø  Sakit perut yang tidak ada kaitan dengan makanan
Ø  Muka merah atau pucat
Ø  Tangan sejuk dan berpeluh (basah)
Ø  Rasa loya atau tidak lalu makan
Ø  Mulut kering
Ø  Rasa takut sesuatu akan terjadi
Ø  Kerongkong rasa tersekat
Ø  Sentiasa menelan air liur
Ø  Tidak boleh tidur atau ada masalah tidur
Ø  Tidak boleh memberi tumpuan
Ø  Selalu pening kepala atau sakit
Ø  Lemah lutut
Ø  ‘Fidgetiness’, iaitu mengusik orang, merosakkan barang-barang atau mendera binatang
Ø  Senang panik
Ø  Senang lupa
Ø  Ceret-beret yang tidak ada kena mengena dengan makanan
Ø  Kencing malam
Ø  Mengigau
Ø  “HYSTERIA” atau menjerit-jerit tanpa sebab
Ø  Merajuk
Keadaan ‘STRESS’, sekiranya tidak dikawal dikalangan orang dewasa akan menyebabkan tekanan darah naik tinggi (melebihi 120/80) secara berterusan, yang akhirnya boleh menyebabkan jantung lemah, paru-paru lemah dan otak lemah, dan juga sistem ketahanan dalaman atau sistem imuniti lemah dan sistem lain juga lemah termasuk pengaliran darah. Jadi ini lah penyebab penyakit seperti darah tinggi,kencing manis, lemah jantung,sakit sendi, gastrik, ulser, penyakit-penyakit kronik dan malahan kanser.
MAKANAN DAN STRESS :
Makanan dan minuman udara dan air boleh juga menyebabkan stress. Kekurangan oksigen atau bertambahnya karbon dioxida dan carbon monoxida atau ketiga-tiganya atau bertambahnya bahan-bahan racun yang akan menyumbatkan saluran darah dan usus Diantara makanan yang diberi nama ‘Junk Food’ atau makanan dera diri ialah makanan atau minuman yang terlalu banyak gula pasir, kafin dalam kopi, tannin (dalam teh) xantin (dalam coklat) dan makanan dan minuman yang terlalu banyak perasa, pengawit, pewarna dan monosodium glutamate atau MSG. Minuman dalam tin dan kotak termasuk susu lembu juga termasuk dalam katogeri makanan dera diri atau “JUNK FOOD”
Semua makanan ini menyebabkan stress dan dengan itu kesan-kesan stress seperti penyakit alahan dan kelemahan sistem imuniti yang menyebabkan kita rasa letih dan tidak bermaya, yang menyebabkan pula kita sering marah dan lain-lain yang menambahkan lagi ‘Stress’ itu.
Rokok merupakan satu lagi faktor penting yang bukan sahaja merbahaya kepada penghisapnya tetapi juga kepada orang atau anak-anak yang menyedut asapnya. Asap ini mengandungi karbon monoxida yang merosakkan oksigen dan jika disedut oleh ibu mengandung boleh menyebabkan kecacatan janin dan jika disedut oleh anak kecil, akan mengurangkan potensinya untuk menjadi cemerlang, dan mungkin akan mendapat penyakit-penyakit kronik di usia awal.
FREE RADICAL :
‘Free Radicals’ atau habuk-habuk api merupakan faktor baru yang dikesan yang boleh menyebabkan sel terbakar dan jika berterusan boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti Kanser, Arthritis dan penyakit-penyakit lain.
Makanan dan minuman sekarang secara am telah diproses dan tidak ada lagi enzim, vitamin dan galian yang boleh menghadamkan sepenuhnya makanan dan minuman itu. Ini akan menambahkan ‘Stress’, menambahkan racun darah dan menambahkan lagi ‘Yis’ atau ‘Ragi’ yang dikenali sebagai Candida, yang akan menjadi punca penyakit-penyakit Alahan, Asthma, Arthritis, sering marah dan lain-lain.
Amalan berpuasa akan membantu mengatasi masalah ini dan di perkuatkan dengan amalan MENU pusingan, cara makan yang betul, cara minum yang tepat dan menambahkan kekuatan itu dengan makan vitamin dan galian tambahan yang sesuai.
SALURAN DARAH TERSUMBAT :
Hasil dari emosi yang negatif dan makanan dan permakanan dera diri yang menyebabkan STRESS, badan kita banyak mengeluarkan kolesterol berat dan protein atau LDL (Low Density Lipo protein) yang akan menyumbat saluran-saluran darah. Yang penting sekali ialah saluran darah ke otak dan jantung. Tiga puluh peratus dari jumlah oksigen yang dihidu mesti sampai ke otak pada setiap ketika. Jantung juga memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi dengan baik supaya darah yang membawa oksigen dan makanan ke otak cukup untuk otak berfungsi dengan baik. Demikian juga dengan sisa-sisa hasil dari metabolisma dari otak dan tubuh mesti di proses dan di bawa keluar melalui air kencing, najis, peluh dan penafasan.

Friday, March 4, 2011

dunia dah nak kiamat.........bersedialah wahai saudaraku sekelian

Tasik Galilee hampir kering
Tulisan asal artikel ini adalah dari zameer fisabilillah…but I don’t know what is his link so that’s why tak dapat nak link kan nama dia di sini.

Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah...
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,h adis itu memberitahu saya dan anda semua, bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar. Carilah hadis sahih ini sampai dapat, dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini, pada ketika anda tahu itu, anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat. Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...
Saudara serumpunku, anda semua harus beringat, bila tasik ini kering, maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi, memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.

Saya ingatkan lagi, hadis ini amatlah sahih, sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini, dengan kata lain, mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas, Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya, dan mengikut kajian sains, tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya, dan ketika itulah Nabi Isa turun.
Dan anda semua perlu faham, sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun, asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian, proses ini "sepatutnya" sudah berlaku…

- Tasik Galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita, benarkan???
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita, samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku, rakan-rakan, semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba, menjelma tanpa kita duga...

Ingatlah saudara-saudara ku...Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja, dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama, mereka bertiga adalah manusia belaka. Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.
Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan-kawan...sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah, dalam tempoh 50 tahun ini sahaja, semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda, samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu. Ketahuilah, Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi, dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu, ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi, dan anda harus ingat!!!

Sekali lagi saya ingatkan anda, bila Nibiru melalui nanti (diteorikan), 2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki), iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi), dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012

Planet Nibiru(Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi. Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT? OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT. Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang-gelombang pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna, apa sahaja jentera langit dan bumi, asalkan yang mempunyai saluran elektrik, akan dengan sendirinya tidak berfungsi, satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop, tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi, dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.

Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno, menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR!
Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan. Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis, maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini, persenjataan tercanggih, akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini...Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku, adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik, manusia akan kembali kepada fitrah semula, dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar, adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam, kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...

Saya berpesan kepada anda sekali lagi, gunakan duit anda untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik MEMANAH
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang

Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali, sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi, dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan...dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa, dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan, sekali lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar, bila satu tanda besar keluar, perhatikan sekeliling anda, semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan? Bila satu tanda besar keluar, akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...

Dan ingatlah wahai Muslimin, doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman, dari susur galur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad, dari susur galur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin", yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi, percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad, kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat, carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah, Solat 5 Waktu di tahiyat akhir, kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.

Pesanan terakhir, langsaikan hutang secepat mungkin, tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman, kumpulkan kain-kain yang tahan lama, ternak dan gembala kambing, ajar anak-anak menunggang kuda, simpan cermin mata anda sebaik mungkin, banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik, banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah, latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah, banyakkan berenang di waktu petang, minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh, kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)

tanda sekarang  : huru hara di tanah arab sdg berlaku..
p/s : gerunnya...semoga ALLAH mengampunkan dosa umat islam semuanya..amin...

copy paste dari forum cari.com

Keajaiban Ciptaan Allah dan ketepatan maklumat Al-Quran dengan Sains



 Tulisan ini mendedahkan isu keajaiban ciptaan Allah yang dicatat di dalam
al-Quran, dan keajaibannya telah disebut oleh Allah sejak 1400 tahun yang
lalu, manusia hari ini dengan bantuan sains moden hari dapat melihat
ketepatan maklumat al-Quran dan kehebatan kandungannya, ia memfokus isu berikut :-
1) Pergerakan gunung-ganang
2) Keajaiban dalam besi
3) Berpasangan dalam penciptaan.
4) Relativiti masa
5) Kadar hujan.
6) Formasi hujan.
7) Angin penyuburan
8) Ketelapan air antara lautan
9) Kegelapan dalam lautan dan Gelombang Internal
10) Susu Ibu.
11) Pengenalan diri dalam cap jari

PERGERAKAN GUNUNG-GANANG
Al-Qur'an telah menjelaskan fungsi geologi gunung-gunung yang sangat
penting.
Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu
(tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu
jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk. (Surah al-Anbiya; 31)
Seperti yang telah kita lihat, dalam ayat di atas bahawa gunung-gunung
mempunyai fungsi untuk mengelakkan gegaran pada bumi.
Fakta ini tidak diketahui oleh sesiapapun ketika Al-Qur'an diturunkan. Ianya
menjadi satu fakta yang hanya diketahui hari ini selepas penemuan dalam
bidang geologi moden.

Berdasarkan kepada penemuan ini, gunung ganang telah timbul sebagai hasil
pergerakan dan perlanggaran lapisan besar yang membentuk kerak bumi, apabila
dua lapisan bertembung, rempuhan lapisan yang kuat akan tergelongsor di
bawah lapisan yang satu lagi yang terangkat ke atas, yang mana seterusnya
melengkung dan membentuk kawasan tinggi dan gunung-ganang. Lapisan bawah itu
akan terus ke dasar bumi dan membentuk ketegangan di bahagian bawah. Ini
bermakna pergunungan mempunyai bahagian yang memanjang ke bawah, sama besar
dengan bahagian atasnya yang menonjol keluar ke atas permukaan bumi.
Dalam sebuah teks saintifik, struktur gunung-ganang diterangkan seperti
berikut.
Di kawasan benua lebih tebal, di perbanjaran gunung, kerak lebih jauh ke
dasar mantel.
Di dalam Al-Qur'an peranan gunung ganang itu dibandingan dengan 'pasak'.
Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung
sebagai pasak?. (Surah an-Naba; 6-7)
Gunung ganang dalam erti kata lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi
bersama-sama melalui satu 'pancang' yang memanjang dari atas ke bawah
permukaan bumi sekaligus menghubungkan semua lapisan-lapisan di dalam bumi
ini. Melalui cara ini, ianya menetapkan kedudukan kerak bumi dan
menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung
bersama-sama dengan lapisan lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti
keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama.
Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusateraan saintifik
dengan istilah "isostasy".Definisi isostasy;
Keseimbangan umum kerak bumi yang dikekalkan oleh satu kandungan material
batu-batan di bawah permukaan di bawah tekanan graviti.
Peranan penting gunung-ganang ini adalah penemuan hasil kajian dalam bidang
geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam
Al-Qur'an berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan. Dalam ayat lain
Al-Qur'an menyebut;
dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang
bersama kamu… (Surah Luqman;10)

PERGERAKAN GUNUNG-GANANG
Dalam sebaris ayat, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah
kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara
berterusan.
Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya,
padahal ia bergerak seperti geraknya awan.Surah an-Naml;88.
Pergerakan gunung-ganang ini adalah disebabkan oleh gerakan dalam kerak bumi
di mana ia terletak. Kerak bumi 'terapung' di atas lapisan mantel, yang
lebih padat. Pada awal kurun ke 20, pertama kali dalam sejarah apabila
seorang saintis jerman bermana Alfred Wegener mengemukakan bahawa
benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama
kali, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza-beza, dan akhirnya
terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain.
Pakar geologi baru hari ini menyedari bahawa Wegener sebenarnya adalah benar
ketika mengemukakan fakta ini pada tahun 1980 an, 50 tahun selepas
kematiannya. Seperti yang dinyatakan oleh Wegener dalam artikel yang
diterbitkan pada tahun 1915, daratan bumi terbentuk dalam satu gugusan
daratan 500 juta tahun lalu, dan daratan besar ini yang dipanggil Pangaea,
terletak di kutub selatan.
Melalui anggaran, 80 juta tahun lalu, Pangaea terbahagi kepada dua bahagian
yang hanyut dalam arah yang berbeza. Satu dari benua gergasi ini ialah
Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Bahagian
yang satu lagi dipanggil Laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara dan
Asia kecuali India. Lebih dari 150 juta tahun selepas pemisahan ini,
Gondwana dan Laurasia berpecah kepada bahagian yang lebih kecil.
Semua benua ini yang timbul selepas penghayutan dataran Pangaea, bergerak
secara konstan di permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun,
pada masa yang sama menyebabkan perubahan keseimbangan laut dan darat di bumi. Ditemui sebagai satu hasil kajian geologikal yang dijalankan pada awal abad ke 20, pergerakan kerak bumi ini dijelaskan oleh saintis sebagai berikut;
Kerak dan bahagian atas mantel, dengan ketebalan hampir 100 kilometer,
terbahagi kepada beberapa segmen dipanggil daratan. Terdapat enam daratan
besar dan beberapa daratan kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil
'tektonik daratan', daratan ini bergerak berpusing permukaan bumi, dengan
membawa benua-benua dan lantai lautan bersamanya….pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5 sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang
berterusan ini akan mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia.
Setiap tahun, sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi sedikit lebih luas.
Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan
gunung-ganang sebagai satu gerakan 'penghanyutan' dalam ayat tersebut. Hariini, saintis moden juga menggunakan istilah "hanyutan benua' untuk fenomena ini. Suatu yang tidak diragui ialah satu dari keajaiban Al-Qur'an ialah fakta saintifik ini yang baru diketahui baru-baru ini melalui bidang sains, telah pun dikhabarkan dalam Al-Qur'an.

KEAJAIBAN DALAM BESI
Besi adalah satu unsur yang disebutkan dalam Al-Qur'an dalam surah al-Hadid,yang bermaksud besi, kita dikhabarkan;
....Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia....Surah al-Hadid;25.
Perkataan 'diturunkan' khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas
difikirkan mempunyai satu pengertian metaforik untuk menerangkan bahawa besi diberikan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita
mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud 'secara fizikal diturunkan dari luar angkasa', kita menyedari bahawa ayat ini
menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan.
Ini adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa.
Unsur-unsur berat dalam alam semesta adalah dihasilkan di dalam nuklid
bintang besar. Sistem solar kita, bagaimanapun, tidak mempunyai struktur
sesuai untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan dalam
bintang yang lebih besar daripada matahari, di mana suhu mencecah beratus
juta darjah. Apabila amaun besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah
bintang, bintang ini tidak dapat lagi menampungnya, dan akhirnya ia meletup
dalam satu letupan yang dipanggil 'nova' atau 'supernova'. Sebagai satu
hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh
alam semesta, dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik
oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala.
Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dihasilkan di dalam bumi, tetapi dibawa dari bintang-bintang yang meletup dalam angkasa melalui meteor, dan telah 'diturunkan ke dalam bumi'. Dalam cara yang persis dengan apa yang dinyatakan dalam ayat; ianya jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik dalam abad ke, ketika Al-Qur'an diwahyukan.

BERPASANGAN DALAM PENCIPTAAN
"Maha suci Allah yang menciptakanberpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui". (Surah Yaasin: 36)Sekalipun konsep 'berpasang-pasangan' secara umumnya difahami
untuk lelaki dan wanita, kenyataan mengenai 'dari benda yang tidak diketahui
oleh mereka' mempunyai implikasi yang luas. Hari ini, satu dari implikasi
ayat ini telah di dedahkan. Seorang saintis berbangsa british Paul Dirac,
yang mengusulkan bahawa zarah diciptakan berpasang-pasangan, telah
dianugerahkan hadiah nobel dalam bidang fizik pada tahun 1933. Penemuan ini dinamakan Parite, menyatakan bahawa setiap zarah berpasangan dengan zarah yang berlainan dengannya iaitu anti-zarah. Anti-zarah mengandungi sifat yang bertentangan dengan sesuatu zarah. Sebagai contoh, bertentangan dengan zarah, anti-zarah bagi elektron adalah bercas positif (positron) dan anti zarah bagi proton adalah bercas negatif (antiproton). Fakta ini dinyatakan
dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;

RELATIVITI MASA
Hari ini,konsep relativiti masa adalah merupakan satu fakta saintifik yang telah pun dibuktikan. Hal ini telah di dedahkan melalui Teori Relativiti Einstein seawal abad ke 20. Sebelum itu, manusia tidak mengetahui bahawa masa adalah satu konsep yang bersifat relatif, dan bahawa ianya boleh berubah bergantung kepada persekitaran. Akhirnya, saintis agung Albert Einstein secara terbuka membuktikan fakta ini melalui teori relativitinya. Dia menunjukkan bahawa masa adalah bebas dari jisim dan halaju. Dalam sejarah manusia, tiada seorang pun yang pernah menjelaskan fakta ini secara nyata. Meskipun dengan satu pengecualian; Al-Qur'an telah pun memuatkan maklumat mengenai kerelatifan masa!! Beberapa ayat mengenai subjek ini berbunyi. "Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjinya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung. (Surah Al-Hadid: 47)"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu saat yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu".
Surah As-Sajadah: 5)"Para malaikat dan Jibril naik kepada Tuhan dalam sehari yang kadanya lima puluh ribu tahun". (Surah Al-Ma'arij: 4)Dalam setengah ayat, ianya dijelaskan bahawa manusia merasakan masa secara berbeza dan kadang-kadang mereka boleh merasa suatu masa yang singkat seolah-olah suatu masa yang panjang. Perbualan manusia berikut yang terjadi sewaktu pengadilan mereka di Hari Kemudian adalah satu contoh yang baik dalam hal ini. "Allah berkata: berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi?. Sahut mereka itu: kami tinggal sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitungnya. Allah berkata: Kamu tiada tinggal (di dunia) melainkan sebentar saja jika kamu mengetahuinya. Surah Al-Mukminun: 112-114.Fakta mengenai kerelatifan masa adalah sangat jelas disebutkan di dalam Al-Qur'an,
yang dinyatakan pada tahun 610 adalah satu lagi bukti bahawa Al-Qur'an
adalah sebuah kitab suci.

KADAR HUJAN
Satu dari butir maklumat yang diberikan
dalam Al-Qur'an mengenai hujan ialah penurunan hujan dalam kadar tertentu.
Hal ini disebutkan dalam surah az-Zukhruf sebagai berikut;Dan Yang
menurunkan air dari langit dengan kadar (tertentu) lalu Kami hidupkan dengan
air itu negeri yang mati ..Surah Zukhruf;11Kuantiti yang diukur dalam hujan
telah ditemui oleh kajian moden. Satu anggaran yang telah dibuat iaitu
setiap satu saat, dianggarkan 16 juta tan air mengewap dari permukaan bumi.
Jumlah air yang mengewap dalam setahun lebih kurang 513 juta tan. Angka ini
bersamaan dengan jumlah hujan yang turun ke bumi dalam setahun. Ini bererti
air secara berterusan dikitarkan dalam satu kitaran yang seimbang, dalam
satu 'kadar'. Hidupan dalam bumi bergantung kepada kitaran air ini.
Sekalipun dengan menggunakan teknologi yang paling maju dalam dunia, mereka
tidak akan mampu untuk menghasilkan kitaran ini secara tiruan.Hanya dengan
sedikit kekurangan dalam keseimbangan ini mampu untuk menimbulkan kecelaruan
ekologikal yang besar yang akan memusnahkan hidupan dalam dunia.
Bagaimanapun fenomena kitaran ini masih stabil dan hujan tetap turun dalam
kadar kuantiti yang tepat seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur'an.

FORMASI HUJAN
Bagaimana pembentukan hujan kekal sebagai misteri besar untuk beberapa
lama. Hanya setelah penciptaan radar cuaca barulah peringkat-peringkat
pembentukan hujan dapat di ketahui.Berdasarkan hal ini, pembentukan hujan
terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara
melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan
hujan pun timbul.PenilaiAn Al-Qur'an mengenai formasi hujan merujuk secara
tepat kepada proses ini. Dalam sepotong ayat, pembentukan ini diterangkan
sebagai berikut. "Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu
menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang
dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan
keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya
yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)Zarah-zarah
yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan
membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada
udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai
hujan.Sepertimana yang kita lihat, setiap peringkat dalam pembentukan hujan
adalah berkaitan dengan ayat-ayat di dalam Al-Qur'an. Selanjutnya, semua
peringkat ini diterangkan secara tepat dengan tertib yang tepat. Sama
seperti fenomena semulajadi yang lain yang berlaku di bumi. Tuhan memberikan
penjelasan yang paling tepat seperti fenomena-fenomena ini dan memaklumkan
kepada manusia di dalam kitab Al-Qur'an beberapa abad sebelum ianya
diketahui. Dalam ayat lain, maklumat berikut diterangkan mengenai
pembentukan hujan;"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan,
kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya
bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya,
dan Allah juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan
seperti gunung maka ditimpakanNya ais itu kepada siapa yang dikehendakiNya
dan dipalingkanNya siapa yang dihendakiNya. Kilauan kilat itu hampir-hampir
menghilangkan penglihatan. (Surah An-Nur: 43)Para saintis yang mengkaji
jenis-jenis awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan
formasi gumpalan awan hujan. Gumpalan-gumpalan awan terbentuk berdasarkan
kepada susunan dan peringakat yang amat jelas. Peringkat pembentukan awan
Kumulonimbus, satu jenis dari awan seperti beriku. Digerakkan dengan tiupan
angin: gumpalan awan yang bergerak bersama iaitu digerakkan dengan tiupan
angin.Berkumpul- kemudiannya, awan-awan yang kecil (awan kumulus) yang
digerakkan oleh angin berkumpul bersama, membentuk gumpalan yang lebih
besar. 94) 3) Melonggok- apabila awan-awan kecil telah berkumpul, rangka
dalam lingkungan awan yang lebih besar bertambah. Rangka yang berada dekat
dengan pusat awan adalah lebih kukuh berbanding yang berada di tepi
rangka-rangka ini menyebabkan awan berkembang secara menegak, dan
menyebabkan gumpalan awan berlonggok-longok. Perkembangan menegak ini
menyebabkn jasad awak menganjur dalam ke bahagian yang lebih sejuk di dalam
atmosfera. Di mana titisan air dan awan membentuk dan mula mengembang dengan
lebih besar lagi. Apabila titisan air dan ais ini menjadi lebih berat
sehingga gagal untuk ditampung oleh rangka di mana mereka terletak akhirnya
mereka akan gugur dari gumpalan awan sebagai hujan, ais dan lain-lain. Suatu
yang harus diingat bahawa pakar meteorologi hanya mengetahui maklumat
terperinci pembentukan hujan, struktur dan fungsinya hanya di akhir-akhir
ini dan melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, computer
dan lain-lain. Ianya adalah bukti bahawa Tuhan telah memberikan kita cebisan
maklumat yang tidak diketahui 1400 tahun dahulu.

ANGIN PENYUBURAN
Dalam sepotong ayat Al-Qur'an, ciri-ciri 'penyuburan' dalam
angin, dan formasi hujan sebagai hasilnya disebutkan;Dan Kami telah
meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu
kami beri minum kamu dengan air itu...Surah al-Hijr;22.Dalam ayat ini,
dinyatakan bahawa peringkat pertama dalam pembentukan hujan ialah angin.
Sehingga awal abad ke 20, hubungan antara angin dan hujan yang hanya
diketahui ialah angin berfungsi menurunkan hujan. Bagaimanapun, penemuan
meterologikal moden telah menunjukkan peranan 'penyuburan' angin dalam
pembentukan hujan. Gambaran fungsi penyuburan angin ini adalah seperti
berikut;Pada permukaan lautan dan laut-laut, apabila gelombang udara pecah,
beribu-ribu zarah halus, dengan diameter sekecil satu dari beratus
millimeter naik ke udara. Zarah-zarah ini, dikenali sebagai 'aerosol',
bersebati dengan debu dari daratan melalui angin, dan dibawa ke lapisan
atmosfera yang lebih tinggi. Zarah-zarah ini dibawa ke altirud yang lebih
tinggi oleh angin sehingga kemudian bersebati dengan wap air di atas sana.
Wap air menyahwap disekeliling zarah-zarah ini dan bertukar menjadi titisan
air. Titisan air ini pertamanya akan bercantum dan membentuk awan, dan
kemudian jatuh sebagai titisan hujan ke bumi.Seperti yang dilihat, angin
'menyuburkan' wap air yang berserakan di udara dengan zarah-zarah yang
dibawa dari laut, dan akhirnya membantu pembentukan gumpalan awan.Sekiranya
angin tidak memiliki sifat ini, titisan air di atmosfera tidak akan
terbentuk, dan di sana tidak akan wujud hujan.Fakta yang paling penting di
sini ialah bahawa peranan penting yang dimainkan oleh angin dalam
pembentukan hujan telah dinyatakan berabad lamanya dalam ayat Al-Qur'an,
ketika manusia hanya mengetahui sedikit sekali mengenai fenomena
semulajadi…

KETELAPAN AIR ANTARA LAUTAN
Satu dari sifat-sifat laut yang baru kini ditemui ialah apa yang dinyatakan dalam sepotong ayat Al-Qur'an sebagai
berikut;Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,
antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh
masing-masing.Surah ar-Rahman;19-20.Sifat lautan, sekalipun larut
bersama-sama ialah satu sifat penelapan yang 'memisahkan' antara dua laut,
adalah satu penemuan dalam bidang oceanographi. Hasil dari satu daya fizikal
yang dipanggil 'ketegangan permukaan' (surface tension), kandungan air dalam
dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh kepadatan
cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutannya dari bersebati dengan
yang lain, seolah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkannya.
Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas
pengetahuan dalam bidang fizik, 'ketegangan permukaan' atau oceanographi,
fenomena ini telah pun dinyatakan ketika Al-Qur'an diwahyukan.

KEGELAPAN DALAM LAUTAN DAN GELOMBANG INTERNAL"
Atau seperti gelap gelita di lautan yang
dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya
pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan
tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi
cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. Surah An-Nur:
40)Persekitaran umum dasar laut diterangkan dalam sebuah buku bertajuk
Ocean.Kegelapan di dasar laut dan lautan ditemui sekitar kedalaman 200 meter
dan ke bawah. Pada kedalaman ini, di sana hampir-hampir tidak terdapat
cahaya. Di bawah kedalaman 1000 meter, di sana langsung tidak terdapat
cahaya. Hari ini, kita dapat mengetahui struktur umum mengenai lautan.
Sifat-sifat makhluk hidupan di dalamnya, salinisasinya melalui pengetahun
tentang kadar kandungan air, kawasan dan kedalamannya. Kapal selam dan
peralatan khusus yang dibangunkan dengan teknologi moden, membantu saintis
untuk merakamkam maklumat seperti ini.Manusia tidak mampu menyelam lebih
dari 40 meter ke bawah tanpa sebarang bantuan atau peralatan khusus. Mereka
tidak dapat bertahan tanpa peralatan di dasar, bahagian yang gelap di
lautan, seperti pada kedalaman 200 meter. Atas sebab ini, para saintis hanya
akhir-akhir ini mampu menyingkap maklumat terperinci mengenai lautan ini.
Bagaimanapun kenyataan 'gelap gelita di lautan yang dalam' telah pun di
selitkan di dalam surah An-Nur 1400 tahun dahulu. Ianya sudah pasti satu
dari keajaiban Al-Qur'an di mana maklumat seperti ini dikhabarkan ketika di
mana tidak ada sebuah peralatan pun yang dapat membantu manusia untuk
menyelam ke dasar lautan.Sebagai tambahan, fakta di dalam ayat 40 surah Nur:
gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya
ombak (pula) di atasnya pula awan; menarik perhatian kita kepada satu lagi
keajaiban Al-Qur'an.Para saintis baru-baru ini telah menemui bahawa di sana
terdapat gelombang ombak di dalam lautan, yang mana terjadi pada kepekatan
sempadan dua permukaan di atas lapisan-lapisan yang mempunyai kepekatan
berbeza. Gelombang internal ini melitupi air laut yang dalam kerana bahagian
yang jauh ke dalam mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dari air yang
berada di atasnya. Gelombang internal bertindak seperti ombak di permukaan
lautan. Ianya boleh berpecah sama seperti ombak di permukaan. Ombak internal
ini tidak dapat dilihat dengan mata manusia, tetapi ia dapat dikesan dengan
mengkaji perubahan suhu atau salinisasi pada suatu kedudukan yang diberi.
Kenyataan yang terdapat di dalam Al-Qur'an berbunyi secara mutlak selari
kepada penjelasan di atas. Tanpa perlu kepada pengkajian, seorang dapat
melihat dengan jelas ombak pada permukaan laut. Tatapi suatu yang amat
mustahil bagi seseorang untuk melihat ombak di dalam laut (internal).
Sebenarnya, dalam surah Nur, Tuhan menarik perhatian manusia kepada satu
lagi jenis ombak yang berlaku di dalam lautan. Suatu yang pasti, fakta ini
yang baru ditemui oleh saintis baru-baru ini, menunjukkan sekali lagi bahawa
Al-Qur'an adalah kalam Tuhan.SUSU IBUSusu ibu adalah satu sebatian yang
tiada tandingan yang diciptakan oleh Tuhan yang merupakan sumber-makanan
yang bermutu tinggi bagi bayi yang baru lahir dan merupakan saru sebatian
yang meningkatkan kerintangan melawan penyakit. Sekalipun makanan bayi
tiruan yang dihasilkan oleh teknologi terkini tidak dapat menggantikan
sumber nutrisi ini yang sungguh menakjubkan.Setiap hari, faedah susu ibu ini
kepada bayi ditemui. Satu dari fakta bahawa sains telah menyingkap mengenai
khasiat susu ibu ialah bahawa proses penyusuan selama dua tahun selepas
kelahiran adalah sangat berfaedah. Tuhan memberikan kita satu maklumat
penting yang ditemui oleh sains baru ditemui kini, dengan ayat "…..
susuannya mengambil dua tahun" 1400 tahun lalu.Dan Kami perintahkan kepada
manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah
megandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menceraikan
(dari susuan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang
ibu bapamu, hanya kepadaKu lah tempat kembalimu. (Surah Luqman;
14)

PENGENALAN DIRI DALAM CAP JARI
Ketika Tuhan menyatakan dalam Al-Qur'an bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap
jari manusia secara khusus ditekankan;Apakah manusia mengira bahawa kamitidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya
Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna.
(Surah al-Qiyamah; 3-4)Kepentingan dalam cap jari mempunyai pengertian yang
istimewa. Ini adalah kerana set cap jari setiap orang adalah unik bagi
dirinya. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup dalam dunia ini mempunyai
satu set cap jari yang unik.Ini adalah sebab mengapa cap jari diterima
sebagai satu bukti penting pengenalan diri, yang eksklusif kepada
pemiliknya, dan digunakan untuk tujuan pengenalan identiti di seluruh
dunia.Tetapi apa yang lebih penting ialah bahawa ciri-ciri cap jari ini baru
ditemui pada akhir kurun ke 19. Sebelum itu, manusia menanggap cap jari
adalah satu lengkungan yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau pengertian
yang spesifik. Bagaimanapun dalam Al-Qur'an, Tuhan mengisyaratkan cap jari,
fakta yang tidak menarik minat siapa ketika itu, dan menarik tumpuan kita
kepada kepentingannya- satu kepentingan yang akhirnya baru difahami hari
ini


Dicedok dari


http://ibnsharqowi.multiply.com/journal/item/11