Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isamempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabiAllah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.
Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong.Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepadalelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini.lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanyalagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab...saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT....
Maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamudiseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerjasebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.
Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Makapergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumahsi pembeli itu..
Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan..... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yangterselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannyadgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.
Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanandan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayuapi itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...
Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawabalik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dansebagainya.. ..?
Ini belum kira mencuri masa pejabat untuk kegiatan peribadi.
Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...
Saturday, February 26, 2011
Kisah Yahudi
Penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan adalah seperti berikut :
1. Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah ‘binatang-binatang’ yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain.
2. Yahudi berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhamad s.a.w.
3. Bangsa Yahudi mahu mendirikan negara besar dunia yang berpusat di Israel di mana seluruh dunia akan tunduk kepadanya.
4. Yahudi menunggu al-Maseh. Al-Maseh ialah yang memimpin Yahudi untuk menakluk dunia. Kepada kita orang Islam, al-Maseh ialah ‘dajjal’ yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w.
Oleh itu kita hendaklah berwaspada dengan tindak tanduk Yahudi dengan menyakini tidak ada yang berkuasa selain daripada Allah S.W.T
Friday, February 18, 2011
Cara download video dari youtube
Hari ni saya nak kongsi ilmu bagaimana nak download video dari youtube dgn menggunakan browser firefox
1.Buka browser firefox anda
2.Pergi ke alamat ini
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/video-downloadhelper/
3.Klik pada Add to Firefox
4.Satu popup akan keluar.Klik pada Install Now
5.Ikut arahan seterusnya hingga firefox restart sendiri.
Bagaimana nak download video
1.Buka firefox anda
2.Buka laman web youtube
3.Pilih video yang anda hendak download.Contoh spt dibawah
4.Klik pada logo downloadhelper iaitu logo 3 bulatan spt diatas
5.Klik pada download.Save di tempat yg dikehendaki.Selesai.Mudah bukan.

Wednesday, February 16, 2011
Perang Armageddon
Sejak berabad-abad lamanya,di dalam kitab-kitab tua,ramalan-ramalan,mitos-mitos purba dan ceritera-ceritera dari mulut ke mulut,terungkap tentang kisah peperangan maha dasyat yang tidak diketahui bila akan terjadi.Peperangan akhir ini digelar dalam pelbagai nama mengikut bangsa atau sempadan geografi seperti 'ENDGAME','STAR WARS','APOCALYPSE','THE GREAT TRIBULATION dan sebagainya.Nama lain yang juga amat popular digunakan untuk mengungkapkan peperangan besar dan universal ini adalah ARMAGEDDON.
Di seluruh dunia,terdapat segelintir pengkaji baik dari ilmuan Islam mahupun ahli kitab agama-agama wahyu yang juga disebut agama Ibrahim (Islam,Yahudi,Kristian) telah memerhatikan senario dunia hari ini dengan amat teliti.Kebanyakan ahli-ahli kitab ini (Yahudi dan Nasrani-disebut ahli kitab walaupun dari segi syariatnya mereka telah jauh menyimpang dari ajaran asal) amat-amat percaya dengan kedatangan satu peperangan amat besar yang akan mengakhiri segala konflik di atas muka bumi ini.Peperangan ini juga akan mengakhiri persengketaan besar dan pihak yang menang dalam perang ini adalah di pihak yang benar manakala yang kalah adalah di pihak yang salah dan batil.Peperangan inilah yang disebut sebagai Armageddon.Setiap kaum yang mempercayai Armageddon masing-masing percaya kaum merekalah yang menang.Orang Yahudi yang mempercayai mereka adalah bangsa pilihan Tuhan sememangnya percaya merekalah yang menjadi juara peperangan ini.Orang Kristian juga tidak mahu kalah dalam persoalan Armageddon ini.Mereka yang menemui hakikat Jesus akan turun di akhir zaman di dalam Injil untuk mengembalikan yang hak dan memenangkan kebenaran akhirnya amat gembira dan manjadikan ini sebagai hujah merekalah (kaum Kristian) akan memenangi peperangan Armageddon yang dasyat ini.Perkataan 'Armageddon' juga dapat dijumpai dalam 'Wahyu'(Revelation) 16:16,
"Dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di sebuah tempat yang bernama Armageddon"
Soalnya sekarang,apakah Armageddon itu?Adakah sebuah filem lakonan Ben Affleck dan Liz Tylor?
Perang Armageddon ialah:
-Perang besar dan perang penghancuran
-Perang universal yang berstrategi
-Perang yang dirancang dan dinantikan
-Perang yang amat dekat kemunculannya
-Perang antarabangsa
-Perang yang amat dasyat dalam sejarah
-Ia adalah awal dari kemusnahan
-Perang yang bermula dengan banyak perjanjian palsu (seperti rundingan damai dan genjatan senjata) sehingga ada orang berkata "perdamaian sudah tiba" padahal yang terjadi adalah sebaliknya.
Perkataan 'Armageddon' berasal dari perkataan bahasa Ibrani yang terdiri dari dua patah kata,iaitu:
1. 'Ar' yang bererti gunung atau bukit
2.'Mageddo' (majiddu-arab) iaitu nama sebuah lembah di Palestin, yang membentang dari 'Mageddo' di utara sampai ke 'Edom' di selatan di mana jaraknya sekitar dua ratus batu dan sampai ke Laut Putih (tengah) di barat dan bukit Mohab di timur yang jaraknya 100 batu.
Ahli-ahli kitab amat mempercayai peperangan ini.Mereka menunggu-nunggu kehadirannya sehingga memerhatikan pergerakan bintang dan susunan jasad di langit bagi memenuhi ramalan astrologi mereka.Mereka memerhatikan susunan kejadian dan kronologi peristiwa.Mereka AMAT KOMITED DENGAN KITAB-KITAB MEREKA.
Bagaimana pula di pihak umat Islam?Adakah mereka sedar tentang peperangan ini?
Amat malang sekali ketika umat lain merancang pelbagai strategi dan mempersiapkan diri menghadapi Armageddon,terdapat orang Islam yang leka dan menganggap Armageddon adalah fiksyen dan hiburan bertahap filem dan sensasi sahaja.Ada juga yang mengatakan ini semua dongeng orang kafir dan sengaja diada-adakan.Mereka terus leka mencari harta dunia yang sedikit ini tanpa mempedulikan perihal Armageddon.Yang lain terus berdansa di dalam disko dan bercumbu-cumbuan sesama bukan mahram tanpa ingat sedikit pun Tuhan yang menciptakan mereka dari air mani yang hina.
Sebenarnya Rasullullah s.a.w telah memperingatkan kita tentang kedatangan Armageddon yang dasyat ini.Sabda Rasullullah s.a.w:
"Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka.Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang,kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit,maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum.Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!",maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan.Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera".(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
Telah bersabda Rasulullah SAW, “Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rum turun di kota A’maq dan di Dabiq (dekat Damaskus). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, ‘Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi’. Maka kaum Muslimin berkata, ‘Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Isa Ibn Maryam AS.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah)
Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan Armagedddon yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'.Sebelum terjadi peperangan ini,terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini ini.Terdapat banyak peristiwa menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam tetapi kami ingin fokus kepada dua peristiwa ini,Pencerobohan ke Atas Iraq dan Serangan Israel ke Atas Gaza.Terdapat sebuah hadis yang menakjubkan yang mengungkap peristiwa ini jelas sama seperti yang berlaku kini.Hadis Rasullullah s.a.w:
"Hampir saja tidak boleh dibawa makanan ke negeri Irak secupak(qafizh) makanan atau sebuah dirham.Kami(sahabat) bertanya,"Siapakah yang melakukan itu ya Rasullullah ? Baginda menjawab "Orang-orang ajam(non arab)".Kemudian baginda berkata : "Hampir saja tidak dibawa makanan atau sebuah dinar kepada penduduk Syam(Palestin, Syria ,Lebanon,Jordan dan sekitarnya) kemudian sahabat bertanya "siapa yang melakukan itu ya Rasulullah ? " orang orang RUM (Amerika-Eropah)"
Sesungguhnya ini adalah hadis yang amat menakjubkan yang benar-benar menjelaskan urutan situasi sekarang menjurus kepada peristiwa Armageddon.Ketika jigsclue ini ditulis,Israel telah berjaya melobi Amerika dan sekutu Eropahnya supaya menutup laluan penyeludup bawah tanah di mana melalui laluan tersebutlah orang-orang Palestin bergantung harap bantuan makanan dan keperluan lain.Satu berita yang menggemparkan dari Gaza ialah,ada penduduk sebuah kawasan di sana telah mula mengutip rumput-rumput di tepi-tepi jalan sebagai sumber makanan.
Dalam istilah moden sekarang,hadis Nabi di atas menerangkan tentang SEKATAN EKONOMI kepada Iraq dan Palestin (Gaza).
Di sini kami menyeru kepada umat Islam marilah meneliti kembali hadis-hadis nabi dan berfikir tentang masalah Armagedddon ini.Buat permulaan di samping AlQuran yang mulia dan Hadis Nabi,pembaca bolehlah merujuk kepada buku Perang Armageddon karangan Amin Muhammad Jamaluddin serta Huru-hara Akhir zaman karya penulis yang sama.Kedua buku ini juga bolehlah dibaca bersama-sama buku-buku Armageddon karya Muhammad Isa Dawud seperti Kedatangan Imam Mahadi dan sebagainya.Lebih bagus jika digandingkan dengan buku Dajjal Muncul dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda karya Muhammad Isa Dawud.
Pedulikan golongan antihadis yang sengaja mengelirukan diri sendiri dengan hujah "Dalam AlQuran tak sebut pun?".Bagaimanakah golongan ini boleh menunaikan solat dengan betul jika menolak hadis sebab AlQuran tidak menjelaskan kaedah solat,bacaan dan lain-lain.Hadis sahaja yang mengandungi semua itu.Menolak hadis nabi bermakna menolak Rasullullah.Jika sudah menolak Rasullullah jangan harap hendak mendapat syafaatnya di akhirat kelak.
http://paksi.net
Tuesday, February 15, 2011
Dosa dosa di facebook
Dosa dosa di facebook
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Fizikal Nabi Muhammad
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W SECARA LAHIRIAH
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna
lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya
terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederh ana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Semulia-mulia insan di dunia...untuk mengingatkan kita.. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah MALAIKATUL MAUT," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut serta. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan, ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali
segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
untuk renungan :
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita.
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia,
tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.
Credit to Muhammad Al-Fateh

Sunday, February 13, 2011
Bacaan al Fatihah yang sangat merdu
Rasa macam nak menangis bila mendengar bacaan ni......
Sedap sungguh sampai menyentuh di dasar hati yang paling dalam.
Hari pertama blogging
Salam semua,
Hari ini hari pertama blog ini lahir.Jadi surat beranak pun tak daftar lagi.Tulisan pertama hari ini ialah berkaitan dengan doa nabi yunus

Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwudhuk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
Di antara amalan yang mujarab untuk melepaskan bala atau untuk menunaikan apa-apa hajat; solat hajat 2 rakaat, kemudian selawat ke atas Nabi sebanyak 100 kali, istighfar 100 kali, kemudian bacalah tasbih ini sebanyak 70,000 kali atau 10,000 kali atau 313 kali. Diamalkan setiap hari selama 7 hari. Insya-Allah segala hajatnya akan ditunaikan oleh Allah.
Subscribe to:
Comments (Atom)